Wednesday, September 26, 2007

eNsEm Ke??

sape penah tgk gajah? korang rasa gajah tu ensem tak? ensem ke? kalo tak ensem tak kan la sampai leh masuk dlm lirik lagu. so...soheh la ensem kan.. aku penah tgk gajah. beberapa kali la. tu pun masa p zoo... besh je tgk gajah tu beraksi. last skali aku tgk gajah dlm thn ni la.. gajah tu nakal sket. sian encik jurukatih yg jaga gajah tu. basah. lencun. cam ni..memula gajah tu wat pertunjukan cam biasa... pastu dia mula nakal skit....dia sedut air..pastu sembur kat encik tu...huhuhu..pastu dia amik lg dan sembur kat org² yg tgk pertunjukan tu... tak kena aku sbb aku duk atas skit..

tp masa tu aku tak pasan lak gajah tu ensem ke tak. ada la sempat aku snap skit gambo gajah² tu.. oh yer..untuk membuktikan gajah tu ensem...ni aku letak lagu tu.. dan bawah tu lak ada skit gambo gajah² masa kat zoo ari tu...
Dalam Air Terbayang Wajah

Dalam air ku terbayang wajah
Adikku yang ku puja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah

Di ingatan ku terlukis wajah
Abang ku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah

Rasa di hati masam-masam manis
Rindu asmara
Kanda ku jangan nangis
Hilang rupa lawa
Timbul rupa naga

Kalau hidup tak begurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Tahan nafas sahaja

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Sembunyi bawah tangga

Tuesday, September 25, 2007

mKn Lg



ahad lepas kitorang berbuka pose kat luar. p 1 keta je. aku, mak, angah, abg joi, ngan bebudak. kitorang sampai sana dlm kul 6.50. duk jap. meja kitorang kat tepi...kat depan gak.. kat ngan pentas. ada persembahan ghazal. aweks yg menyanyi tu..pergh..mantap.

ok..sambung balik. pastu kitorang p amik makanan. ada lebih 70 hidangan. nampak tak gambo pinggan yg ada udang, lala, sayur ngan ciken wing tu..tu pinggan aku. pastu mkn asam laksa, bubur jagung. ada banyak lg makanan yg aku tak mkn. ada kambing panggang, tu yg abis cpt aku tgk...aku tak mkn kambing..tinggai rangka je last² tu bila org² lain mkn. ada ais kacang ngan eskrim gak. makanan nya bleh tahan gak la..tp yg tahun lepas kat tpt abg bad lg besh kot..ada sate..lauk² pun besh lg. skang ni ni tunggu tpt abg bad lak.

kitorang balik kul 8 lebih. nak wat pe pun duk lelama..bkn lalu nak mkn banyak pun. huhu..utk along...mekasey..lenkali jgn lupa tau..

Friday, September 21, 2007

sApE tAu...



sape tau wat kek² mcm di atas ni? aku tak tau wat...aku tau mkn je. aku ske kek² cam ni. sedap. yg warna warni tu sedap. kalo dpt yg mcm lembab² skit.. tak kering sgt la..lg sedap. dulu² slalu la jumpa masa p raya. skang tak sgt dah.. org lg ske wat kek yg canggih².. kek lelama cam ni jarang wat dah..

tp aku ske tau.. bila tgk resepi mcm senang je nak wat. tp tak reti gak. kang tak menjadi lak. oh yer..kalo ada sesape yg pandai wat kek ni ..leh la wat lebey skit..pastu kasik kat aku... huhuhu

aPa Lg NaK kAtA


ada 3
aku, ko dan dia
antara aku dan dia ada ko
antara ko dan aku tak pernah ada dia
pedih...sakit..
bila ada yg meragui kaseh sayang kita
bila ada yg tak percaya apa yg kita kata
apa lg nak kata...mmg... mmg aku lebih dulu kenai dia
tp tu tak bermakna ada apa² antara kami
dan aku tak lama kenai ko
tp tu dah cukup bermakna ada sesuatu antara kita
aku tau..ko tau... dia tau..sume org tau
yg aku lebih sayangkan ko
yg aku lebih rapat ngan ko berbanding dia
yg aku lebih selesa ngan ko berbanding dia
tp nape tak nak caye?
nape mesti nak wat hal?
nape makin lama makin banyak masalah
katalah apa saje kalo tu boleh jernihkan keadaan
tp ko ttp tak nak kata pape
ttp nak tunduk membisu seribu kata
tp kenapa?
nak biar rasa bersalah tu kat bahu aku sorang?
bkn sekali dua aku tanya..tp nape tak nak gtau apa yg ko rasa?
nape?
ntah lah..apa pun..
untuk pengetahuan ko sekali lg
ko ttp di atas antara ko dan dia

Monday, September 17, 2007

sAbTu AhAd

ntah pape je tajuk entri aku kan. tatau nak wat tajuk pe. blasah je la. sabtu ngan ahad ada tamu masa berbuka. menu biasa² je.. ada yg beli kar pasar ramadhan... ada yg masak gak. sat..sat.. selit jap ari jumaat. masa ptg tu balik je keje..salin kulit jap ..trus p pudu, tu pun dah lambat..jln jem kan.. sampai je umah dah kat kul 6. ada sms dr abg lym.. katanya dia kat dpn sogo..nak blik nasik padang..
ok ..balik pd tajuk asal. menu ari sabtu tu..ada mihun goreng yg mak wat, puding jangung pun yg mak wat, kuih sampan, air soya, air tebu yg bli kat pasar ramadhan tu. takde gambo..sbb tak sempat nak snap. selain tu ada nasik ngan lauk² lain. tamu tu berbuka kat situ dan siap tapau bawak balik..huhuhu

ari ahad lak..ada tamu lg, 2 org. anak dara dan mak dara. dan pasti bkn anak beranak. ni kawan along. aku p pasar ramadhan ngan along. bli murtabak, kuih sampan, popia, kueh udang, dan air soya. tamu tu bawak kuih 2 jenis ngan murtabak gak. ni la gambo menu ari ahad..

gelap lak gambo ni kan...ni ada kueh sampan, seri muka yg tak bape berseri, kueh kaswi ngan popia


ni lak ada puding jagung, karipap daing, kueh udang ngan murtabak..
tp gambo lauk pauk tak snap pun. smalam mak masak lauk ayam, ada masak lemak timun, sayur kobis, ngan ikan goreng. air pun tak snap..ada air soya ngan teh o. ok..ckup dulu entri ni.

jLn - jLn

ari sabtu lepas saya p jln².. dr klang ke selayang..dok jap sejam.. maklumlah, tgh ari tu cuaca panas, lg² bln pose ni kan.. kalo kuar jln mesti kering tekak. past sembang skit dorang bwk saya p jln lg.. p keramat. konon nya nak cari keramat AU. eleh dorang ni.. sorang tu, nama je org selangor, yg sorang lg konon nya bekas despatch..tp dedua tatau jln. mcm hampeh je kan. saya yg mmg tatau jln ni senyap je la tak nyampuk.

pas tanya 2 ke 3 kali jumpa gak la tpt tu..tp tutup lak. tp takpe..al least jumpa kan. lenkali tak la sesusah nak carik lg. pastu dorang bawak saya p satu tempat. saya tak sihat sgt sebenarnya..sbb tu la dorang nak bawak saya p sana. konon nya nak sihatkan saya. saya redha je ngan keadaan saya.

sampai je tpt tu dorang peksa saya lg..dan tetiba...plliinnggg.. mcm magic lak..saya sihat. mcm ajaib kan, saya leh sihat bila sampai tpt tu. mebi aura tpt tu yg wat saya sihat. dorang mcm bengang je. saya tau dorang prihatin ngan saya, tp nak wat cam ne. pastu dorang tunggu lg. kot² nanti saya tak sihat lg. dorang bawak saya p jln.. tunggu la dlm 2 jam lebey. tp saya terus je sihat cam td. dan dorang tambah bengang, dorang marah saya..sayu je tau rasa ati ni.

bila dah malas menunggu, dorang amik keputusan nak balik je. lg pun dah petang kan. kena ujan skit masa balik tu. harap² saya tak demam. sampai je sana..sorang tu bincang soal hartanah..soal bisnes..soal tapak..soal tanah...soal aset.. dan yg sorang lg terus ke dapur..masak la kononya.
*'tu la..td tunggu lama sihat je..takde lak camni'
-'dia saje kot..nak p jln² kat sana tu'
*' yela...tp agak² la skit. bkn dkt tpt td tu tau..ni wat hal balik'
-'dah² la tu..nak wat camne..dah dia cam ni.. abistu cam ne ni?'
*'tgk la nanti..p balik tpt tu'

saya diam je. tunduk seribu bahasa..apa daya saya kan. saya pun tak nak susahkan org lain. tp nak wat camne. keadaan saya jap ok jap tak ok. kalo saya mampu saya tak kan susahkan org lain tau. takpelah..saya redha ngan diri saya

- tu la..mebi tu la kata² hp tu. bkn hp aku, hp org lain. huhuhu..sian tuan punya hp..hangin je dia. tp kan..bln pose ni kena banyak sabo tau...huhuhu

Friday, September 14, 2007

aRi Ni aRi JuMaAt

ari ni ari jumaat. 2 ramadhan. apa nak cite eh. cite pasai smalam la eh. berbuka smalam aku mkn cakoi ngan karipap pusing. minum lak air oren. ptg tu p pasar ramadhan ngan along. pergh...punyalah ramai manusia..sesak. org menjual ramai..yg membelinya ramai sgt². sesak. nak jln pun susah. mcm kena beratur n jln pelan². nak bli tepung pelita..tp dah abis lak. tak la lambat sgt pun p smalam..kat kul 6. takpe..lenkali p awal sket.

sahur pg ni menu biasa la..roti ngan nescafe lak. roti tu cicah ngan rendang daging yg mak wat. mak.. cite pasai mak ni..smalam pas berbuka, mak mkn kuih seketui ngan minum air. pastu mak masuk bilik. aku dah agak dah..mesti jd camni. pi la tgk mak. cam yg aku sangka...ujan kat luar umah dan benti..ujan dlm umah la mula. aku cakap kat mak..jgn sesedey..kalo abg tgk mak sedey mesti abg pun sedey gak. ni la ayat mak ' mak tak sengaja lang, mak mcm terbayang² je abg ada, berbuka skali ngan kita..slalukan abg ada..tp ni...' pastu mak nangeh lg.. sian mak.. aku tau mak sedey. aku pun sedey gak. aku lak tak leh nengok mak sesedey camtu.. mak..sabar la eh..

okeh..cite len lak..aku takmo ubah cuaca kat sini lak..haru je kang.. balik ni kang kena p pudu amik adik. dia kul 2.30 dr melaka. harap² jln tak jem la. smalam balik awal pun jln jem gak...ujan lak tu..huhuhu..sib baik tak lebat. telan 4 bijik panadol gak la mlm td. agaknya tak ujan eh ari ni. tp cuaca ala² mendung gak ni.

ptg ni pi pasar ramadhan ngan adik lak..mesti besh kan. kena p awal. nak carik gak kuih tepung pelita tu..

kErAnA CiNtAkU SaErAh

Aku ada masa skit tgh ari ni. maklumlah rehat kan lama. 2 jam lebey kan. Sape ada tgk cite ni? Kerana Cintaku Saerah. dlm slot samarinda kat tv3. aku tgk cite ni..dah 2 ke 3 episod kalo tak silap. nampak besh cite ni. pastu td aku carik web pasai cite ni. jumpa la poster² kat bawah ni. cantik. aku ske tgk.


ni poster cite tu..cantik kan..

ni lak sinopsis cite tu..aku copy paste je huhuhu

"Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya."

"Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri."

makna katanya..kalo nak tau ending..sila la tgh sendiri..drama ni tak panjang kot rasanya.


ni Benjy..watak dia Jibek. pandai dia berlakon. ngan mimik muka dia... menjadi sungguh la.


ni..Umie Aida..dlm cite ni watak dia Saerah..

ni NoorKhiriah..jd Nomi.. dia ni pun sama..menjadik sungguh


Wan Maimunah ni jd Mak We.. mak pada Saerah.mcm biasa..dia pandai berlakon.

ni Yaya..ni kot jd anak Saerah tu..


watak dia ni Yatie...kawan Saerah


ni lak Cik Ros...watak jahat ni..mak pd Yatie ngan Jenal


ni la Jenal..pun watak jahat..tp sensitip huhuhu.. igt tak dia ni ada berlakon dlm Emil Emilda..huhu lain sungguh muka dia kan..
tu la serba sedikit [skit ke ?] yg aku copy paste dr website tu...lagu tema cite ni nyanyian Imran Ajmain, tajuknyer Seribu Tahun. lagu ni bleh tahan sedap la..tp aku tak kenai Imran Ajmain tu..penyanyi baru kot . tp ok la lagu tu...
ok la..cukup dlu pasal saerah ni..

Thursday, September 13, 2007

1 rAmAdHaN

ari ni 1 ramadhan. slamat berpuasa pd semua yg berpuasa. sedikit catatan untuk pg ni

*senja smalam ada gempa bumi kat sumatera kan. antara kawasan terlibat seperti Bengkulu, Sumatera.
kat malaysia pun turun rasa gegeran kat perlis, perak, penang, kedah, melaka, johor dan lembah klang. antaranya kat Menara Berkembar Petronas, kompleks kerajaan Jalan Duta, kawasan rumah pangsa di Bandar Sri Permaisuri, Hospital Pusrawi dan Wisma Bernama di Jalan Tun Razak . kat Johor n Putrajaya pun ada.

*gempa ni wat aku tingat masa tsunami disember 2004 dlu. masa tu aku kat klang, pintu nampak bergegar. tp aku cuma tau tsunami berlaku bila aku balik umah..waktu mlm tu.

*ari ni .. nasib sedikit tak baik. kat blakang Dynasty td..tetiba dia sakit. agak teruk. dia kata dia tak leh nak anto aku. nak jln pun dia cam tak leh. aku call akak aku. so..dia ada kat Dynasty skang ni. balik kang aku jumpa dia.

*pastu td aku nampak eksiden. moto. dpn skit pd simpang nak masuk pwtc dan dkt ngan cabang jln antara nak ke slayang atau KL. aku nampak sorang lelaki terbaring selain org² yg kerumun dia. harap² lelaki tu tak pape..

*menu aku pg td sekadar 3 keping roti gandum dan secawan air milo. Alhamdulillah.

*sahur td am semangat bgn, tp nana..huh...sgt liat nak bgn. banyak songeh lak tu. sume bng kecuali..aiman je tak bgn huhuhu..

*ari ni aku kena balik cpt. aku risokan dia. harap² dia tak pape.

Wednesday, September 12, 2007

tEmPeK gAmBo LaGi

disebabkan mcm tak bape rajin nak ngadap sistem, aku nak tempek gambo lg. kali ni gambo anak buah aku lak.
tempek skit² dlu.


ni Nur Ariyana. nama panggilan dia akak / nana. umur dia 7 thn. pantang nampak org nak amik gambo...mesti nak suh amik gambo dia.

ni lak Amirul Hakimi.adik kepada nana.nama panggilan dia kat umah Amir, Kimi, tp aku sorang je panggil dia Am. masa dia kecik skit dlu aku panggil dia dik am. Skang ni umur dia dah 6 thn. thn dpn dah skolah bebetul.

ni lak Muhamad Aiman. adik kepada...kepada sape eh huhuhu. dia sorang je. dia ni anak angah. so..sepupu la pd nana ngan am. umur dia 3 thn. sorang peminat setia ultraman dan katun² seangkatan dgnnya. kalo org marah dia..mesti dia berdiri.. gerak kan tgk dia...pastu ckp 'bertukar...' kekononya leh la nak bertukar mcm ultraman tu..huhuhu


ni lak gambo nana ngam am. nak tau pe nana kata masa dia tgk gambo ni... 'eeee...macam adik beradik kan...' sabo je la. dah mmg adik beradik pun. tp slalu sgt gado. am kuat ngusik, nana lak kuat majuk sgt. tp kadang² dorang ok la. tgk angin gak la.


dan ni...gambo dorang ber 3. masa ni kat care4 kepong kalo tak silap. tgk muka aiman tu..toye je kan..maklumlah..org tgh demam. tp ada ati gak nak tangkap gambo tu..huhuhu

tEmPeK sKiT

ok..disebabkan tatau nak cite pe..maka, aku dgn suka hatinya belek² gambo² dlm pc neh. ada la gambo² skit..[banyak sebenarnya, tp tempek skit ni dlu]

gambo pokok bunga ni kat spital slayang, kat ngan bilik ultraman..ooppss...tak..tak.. bilik ultrasound. masa ni aku teman kawan aku.
ni lak gambo kasut. dah beberapa kali pakai kasut ni. tp memula pakai masa mlm merdeka huhuhu. wat abg lym, lenkali kalo ada kasut yg lebey kurang sempoi camni..jgn lupa gtau org tau..

ni lak gambo kopok lekor dlm kuali. kopok ni dr kuantan. sedap gak. takpe..lenkali leh suh beli lg.


ni lak gambo KLCC masa mlm merdeka...bercahayakan? cantik je nengok.


ni lak gambo sekitar klcc. ramai org kat situ. kononnya nak tgk bunga api..tp mana de...kat dataran je ada..huhuhu..mesti dorang kecewakan...

aPa Eh...

apa eh nak wat tajuk. takde tajuk pun sebenarnya. aku cuma tingin nak menaip..menaip dan menaip lg... esok dah nak puasa kan. aku teringatkan mak skang ni. camne mak nanti eh? mak sedih tak? mesti mak sedih kan.. slalunya puasa sume ada.. abg pun ada.. tp puasa kali ni.. raya kali ni.. tak sama mcm dulu lg. sumenya tak sama.

aku pun tingat kat abg gak. kebelakangan ni tingat sgt. dulu bila pose slalu gak p pasar ramadhan ngan abg... kalo nak p reramai, abg bawak keta. igt lg pose lepas.. g ngan along, abg, ida, ngan bebudak tu. memula masuk je dah nampak ayam percik..selambak org tu jual.. ngan yg dlm besen lg.. sedikit ragu. masa tu abg ada cakap nak bli ayam percik.. tp aku cakap cam ni la.. 'abg rasa la..ayam tu ayam ari ni ke? abis ke dia jual hehari kalo banyak camtu?' pastu kitorang jejalan lg...pusing² 1 pasar. bila nak kuar..aku tanya abg.. tak bli ke ayam.. abg kata ' tak jd la..dah ko kata camtu' aku bkn pe.. cuma tak nak abg salah beli..nanti kalo sakit perut kan susah.

bila bulan pose abg ske mkn sosej, ayam goreng, minum air soya, mcm² lg la. abg kuat mkn.. abg suka mkn. seronok kalo tgk abg mkn. tp badan abg menten je. bg apa je kat abg, abg mesti mkn.
bila nak raya lak.. mesti bli kan dia pape.. baju raya ke apa ke..walopun dia dah keje. walopun dia mampu nak bli sendiri. aku rasa dia tanggungjawab aku. adik aku ada 2 je masa tu. duit raya pun aku bg gak tetiap thn sejak aku mula keje lg.
bila mlm raya lak... abg yg akan rasmi makanan dlu. biasanya mlm raya mak dah masak ketupat, rendang, kuah kacang. abg la yg mkn dlu.. sbb abg ske mkn.

thn ni mesti lain kan... kat rumah aku slalu cakap kat mak, jgn banyak pk, jgn sesedih .walopun aku pun cam mak, cuma aku tak tunjuk kat mak. kalo la jalan kuching tu leh bercakap.. huhuhu..mesti dia cakap kan. kalo mak tingat abg mak nangis. abah tak. aku tau abah sedih tp abah tak tunjuk. abah simpan. kadang² abah termenung, tak tau apa yg abah pk. kalo aku sedih, apa lg mak ngan abah kan.

cukup dulu sampai sini. rasa mcm tak leh nak taip lg. walopun jemari ni rasa mcm tak nak benti.

untuk abg , Al Fatihah. moga abg tenang kat sana.

sLaMaT mEnYaMbUt RaMaDhAN

untuk semua...slamat menyambut Ramadhan..dan slamat berpuasa.

Tuesday, September 11, 2007

kOsOnG

tak tau kenapa
tak tau sbb pe
tak tau camne
kebelakangan ni rasa mcm kosong sgt

Monday, September 03, 2007

eNtRi TeRtUnDa - PaRt II

aku cuba nak pakai kasut org len..

kadangkala aku rasa idup ni indah. buat masa ni tu yg aku rasa. esok² tatau la camne. aku, asal Melaka. tak pasti sebenarnya dr mana, tp aku amik mula idup aku dr Melaka je. jd mcm aku tak susah pun. ada org jaga. kadang² jd perhatian oleh mata² mereka² yg tertarik ngan aku. satu ari ada sorang lelaki dtg kat aku. pas tawar² harga dia amik keputusan nk bawak aku balik. dr melaka aku ikut dia p klang. kat seminggu gak dia simpan aku kat umah flat tu.

satu ari tu..aku igt lg..ptg jumaat. ptg yg indah. cuaca baik. dr tgn org pertama..sampai ke tgn org lain lak. reaksi dia.. suka..terkejut.. tp mmg suka la. kalo dia suka aku lg la suka. dia usap² aku. aku tau dia akan sayang aku. dr klang aku dibawak balik ke kg. kat keratong 9, muadzam. dua tiga ari gak aku kat sana.

pastu aku teruskan perjalanan lg. kali ni ke 1 daerah yg aku tak penah sampai. dah mlm aku sampai sana. aku rasa ni destinasi terakhir aku. dan ku harap aku tak kan bertukar tgn lg. kekadang cam bosan takde kawan..kalo ada kawan kan besh. tu je la stakat ari ni. yg penting aku hepi.

ok..skang aku nak pakai kasut sendiri balik.

td tu mungkin apa yg dia rasa. aku? kalo dia hepi..aku lg la hepi. mmg dah lama aku impikan saat² cam tu. walopun pd mulanya bila tgk reaksi dia..aku mcm² pk² lg..ok ke eh? tp tu cuma skit dr keseluruhan apa yg aku rasa. yg selebihnya mmg aku hepi sgt². oh yer..dgr cite dia ada kawan² lain kat melaka sana. kan bagus kalo kawan² dia dpt duk skang ngan dia. mesti dia tak bosan. dan aku..dah tentu la lg tak bosan. tp..bila masanya tu..tak dpt nak dipastikan lg.

wat dia..mekaseh sbb hepikan aku.. huhuhu. oh ye..ada aku utarakan pertanyaan pd org pertama, nape dia untuk aku? jwpn org pertama senang je.. kalo yg suka, gelak ketawa tu kan dah biasa.. kalo len dr yg len kan kan elok, senang nak igt. oh..gitu rupanya. tak kisah la apa jwpn dia..terima kasih skali lg. agaknya bila dia boleh dpt teman seperjuangan eh huhuhu...


ni mata dia..


taraaaa...dan ni dia. tgk..reaksi dia mmg camtu kan. tp takpe. walo apa pun reaksi dia..aku ttp suka.

eNtRi TeRtUnDa - PaRt I

aku boring ni. ngantuk. dr aku tido baik aku apdet blog ni kan. ok..memula nak cite pasai jln² ari tu. kan dah kata..bkn jln sgt pun. masa kat sana ada 2 kenduri kawen. 1 ari sabtu, 1 lg ari ahad. ari sabtu kat keratong 8.. tak la jauh sgt. menu mkn kat situ nasi minyak, kurma daging, nenas masak pe ntah, sambal ikan bilis+petai, ayam masak merah. aku mkn skit je. takde snap gambo pun. segan.

balik umah rilek² jer sambil mkn rambutan. pastu ptg ni p rompin lak. ada pesta rompin. aku pun tatau..aku ikut je. kat tepi pantai mana ntah. ada banyak kedai²,pameran², keia jual makanan, jual kain baju, mcm² la. memula jln kat tpt bebaju, pastu jln kat pantai jap. pastu benti mkn dlu. tp aku minum je. pastu sambung jln balik. p area pameran² lak. banyak tpt gak masuk. ada p pameran kesihatan, pasal nyamuk la..ada nyamuk gergasi..nak tangkap gambo tp ada ramai org lak. ni la gambo sket.



ni icam ngan nana kat tpt tentera² tu... ada memacam la..tentera darat, udara, laut..


ni lak kat yg pengguna bijak tu.

pastu kitorang p jln lg dan lg dan lg.. p tgk tpt perhilitan [ ada ular sawa dlm sangkar..beso..tp duk diam je], tgk tpt jual pancing².. lama aku ka sini. mcm² pancing ada..dr saiz kecik sekeciknye..sampai yg beso skali. pastu dlm kul bape ntah kitorang balik.

ahadnyer...aku bgn pg. pas siap mandi sume..aku lepak bawah pakok rambutan. layan blues huhuhu ..snap skeping gambo. hampir tiap umah ada pacakkan bendera camni.


pastu tgh ari lak ada kenduri lg. umah kamal. kamal kawen. skali ngan adik pompuan dia. kira 2 pasang pengantin skali la. umah kamal selang 3 umah je. menu umah kamal.. ada nasi minyak, nasi putih, rendang ayam tua, daging masak apa ntah, batang keladi masak asam pedas kot, pastu ada ikan masin, ulam², sambal belacan. pas mkn aku tgk jap pangantin berarak.


ni gambo kamal ngan wife dia. bkn aku yg amik gambo neh. dorang br nak mkn kot masa ni


ni lak gambo kamal ngan kawan² seperjuangan dia huhuhu.. kamal yg berdiri tu...yg pakai baju melayu lg sorang tu pengapit kamal. dan yg len²..kawan² kamal.

pastu..balik umah. ada sesi panjat memanjat. panjat pokok rambutan tau. aku tgk dr bawak je. sambil mkn rambutan yg dijatuhkan huhuhu..besh je rasa. ptg pas asar aku gerak balik. time ni la aku kena dera tau. huh...hampeh je rasa. aku lum penah lg kena camtu. jauh tau. kalo jd pape sape nak jawab?sape? soheh la aku yg kena kan. takpe..lenkali..takde lg dah.

sekian dulu wat kali ni..