Friday, September 14, 2007

kErAnA CiNtAkU SaErAh

Aku ada masa skit tgh ari ni. maklumlah rehat kan lama. 2 jam lebey kan. Sape ada tgk cite ni? Kerana Cintaku Saerah. dlm slot samarinda kat tv3. aku tgk cite ni..dah 2 ke 3 episod kalo tak silap. nampak besh cite ni. pastu td aku carik web pasai cite ni. jumpa la poster² kat bawah ni. cantik. aku ske tgk.


ni poster cite tu..cantik kan..

ni lak sinopsis cite tu..aku copy paste je huhuhu

"Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya."

"Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri."

makna katanya..kalo nak tau ending..sila la tgh sendiri..drama ni tak panjang kot rasanya.


ni Benjy..watak dia Jibek. pandai dia berlakon. ngan mimik muka dia... menjadi sungguh la.


ni..Umie Aida..dlm cite ni watak dia Saerah..

ni NoorKhiriah..jd Nomi.. dia ni pun sama..menjadik sungguh


Wan Maimunah ni jd Mak We.. mak pada Saerah.mcm biasa..dia pandai berlakon.

ni Yaya..ni kot jd anak Saerah tu..


watak dia ni Yatie...kawan Saerah


ni lak Cik Ros...watak jahat ni..mak pd Yatie ngan Jenal


ni la Jenal..pun watak jahat..tp sensitip huhuhu.. igt tak dia ni ada berlakon dlm Emil Emilda..huhu lain sungguh muka dia kan..
tu la serba sedikit [skit ke ?] yg aku copy paste dr website tu...lagu tema cite ni nyanyian Imran Ajmain, tajuknyer Seribu Tahun. lagu ni bleh tahan sedap la..tp aku tak kenai Imran Ajmain tu..penyanyi baru kot . tp ok la lagu tu...
ok la..cukup dlu pasal saerah ni..

2 comments:

Anonymous said...

aku respect kat ISMA YUSUF...die tu aku rasa make up artis..tpi dia boleh berlakon..macam2 watak dia belakon dah...dalam drama sutun dia jadi budak laki yg macho dan lurus tpi bersuara 'slow'..dalam emil emilda pulak aku rasa memg watak sbenar dia...dalam krna cintaku saerah jadi budak jongang yg peranagi cam sial..hehe

Dia jugak yg design poster drama2 yg dia blakon tmasuk poster cintaku saerah dan yg bru menang award, the red kebaya...fuhh..cayalah

multi talented..memg rezki murah..

Anonymous said...

haha,ini la cter slot samarinda yg paling best n sedey yg penah aku tgk...giler babi best dowh cter ni...
jibek n nomi,watak yg sgt naive..benjy n khiriah bwk watak tu dgn cemerlang..salute kat dorg....pndai gler buat style org cacat..caya lah lu org...