Monday, August 27, 2007

eNtRi SiNgKaT

aku cuba untuk amik masa sesingkat mungkin untuk menaip entri ni.

-ari ni aku keje. mmg la keje pun. dah ari senin kan.
-smalam aku sampai umah lg 10 minit nak abis cite rasaksa. banyak yg aku terlepas.
-2 ari 2 mlm di tpt org...mcm² cite gak ada. nanti la kalo ada masa aku wat entri yg tak bape singkat lak.
-along masuk wad. senja sabtu ari tu. aku lum sempat tgk along.kalo ptg ni dia lum kuar wad lg..aku nak p tgk.
-aku dpt sesuatu. aku suka. sgt² suka.walopun riak wajah dia terkejut tgk aku [bkn aku sorang..tp bila tgk sesape pun riak wajah dia mmg camtu]
-aku kena dera smalam. lenkali aku takkan caye lg cakap² dia. tak suka tau. abah pun tak penah dera aku camtu.
-aku belum cuba lg kasut yg bli kat abg lym tu..igtkan nak cuba weekend ari tu..tp tak punya kesempatan.
-pg ni aku dgr lagu negaraku, lagu tanggal 31, lagu malaysia gemilang,lagu fikirkan boleh. kat dataran dorang tgh wat pe ntah. td masa aku tgk tgk berbaris ala bendera. jln pun banyak tutup awal pg td. sib baik aku awal.
-pg ni gak aku tgk heli² melintas kat atas ni samil bawak bendera sume negeri dlm malaysia ni.
-lg 4 ari nak merdeka..lg 4 ari jugak la nak besday abah.


ok. cukup dlu untuk waktu ni. aku nak bzkan diri lak.

Friday, August 24, 2007

wAkTu Ni

masa aku tgh menaip ni..aku tgh dengar lagu Kekasih Gelapku..nyanyian kumpulan Ungu. dlu masa memula tau lagu ni..trus tingat kat mereka² tu. aweks² kat porum lama. takde la gelap sgt pun..kadang² secara terang² gak .. pastu td aku sms sorang awek tu.. lama tak merapu ngan beliau. mcm rindu lak saat² dlu. tp skang ni dah tak mcm dlu. suasana kat sana dah lain.


waktu ni dah kul 2.23 ptg. aku balik awal ari ni. kul 4.30. sbb kalo jd la..insyaallah aku akan ke 1 destinasi. nak p jln². nama je jln² tp bkn p jln pun. baju pun tak kemas lg ni. tp mlm td dah iron la 2 pasang baju untuk p kenduri. tu pun kalo p la. tak try pun baju tu...agaknya muat lh kot. tp takpelah... p la gak kan. nanti la kalo ada menda besh aku snap gambo. mintak² tak ujan ptg ni. mintak² slamat perjalanan aku. nak try pakai kasut adidas tu ptg ni. ok kot eh..


waktu ni tgn aku rasa lenguh. bln kat tapak tangan..bkn kat jari jejari...tp kat tetengah antara pergelangan tgn ngan siku..tu apa eh? lengan ke? apa² je la..


last ni aku nak tempek gambo. aku amik pg td.

nampak semak kan. dorang lum siap wat keje lg. tatau la bila nak siap. dan tatau apa yg dorang nak wat. pasang lampu ala² bendera ke apa ke..tp menda² yg semak tu ganggu pandangan mata aku. ok...gambo seterusnya..

ini lak en naruto. agak lama dia ada kat atas meja ni. aku tak beli dia ni. tp aku mintak kat am. mama dia belikan 1 set..ada 4.. ada naruto ni..sasuke..sape lg ntah. tp aku mintak dia ni la.. am bg. time kasih am.

ok la...untuk sume..slamat berhujung minggu. moga hujung minggu korang sentiasa ceria.

Thursday, August 23, 2007

eNtRi PtG kHaMiS


aku mcm dah lama tak apdet kan. aku bz. sungguh² bz sebenarnya. keje banyak betul skang ni. minggu lepas lak ada sesi pemantauan. cam biasa la.. 1 KL jln. dlm pada tu sempat gak tgk Persona kat Sentul. cantik. pastu bila kat opis sambung wat keje biasa.

bila bz mmg aku takde masa sgt nak apdet blog. tp aku masih ada masa nak jln² kat blog org lain..pelik tak? huhuhu...ari² lak tu. mcm tak leh lak kalo tak jejalan kat blog org len walopun seari.

aku bz sgt..sampai blum try pun pakai kasut yg bli kat abg lym mekasey Jen sbb anto. nanti kalo aku dah pakai bawak p jln aku snap gambo huhuhu..

cukup wat waktu ni. aku nak sambung wat keje sblum balik. sok aku wat entri len lak.

CiNtA ?? rEmPiT??

Didicazli - Dambaan Cinta

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Lagu ni dah ada dlm PC aku sejak awal minggu lepas kot. ni lagu cite Cinta Si Rempit. cite ni dlm slot cerekarama 2 minggu lepas. bila tgk paper ari tu..aku nak tgk cite ni sbb rempit. huhuhu..last² takde rempit mana pun...tp takpe..sbb lagu ni besh..aku terus tgk cite ni sampai abis..takpelah..takde aksi rempit pun takpe..

Monday, August 13, 2007

Al-Fatihah

2 mlm aku terima berita tentang pemergian mereka ni..

takziah untuk ajipp sekeluarga atas pemergian arwah abah ajipp. moga ajipp dan keluarga tenang hadapi sumenya. al-fatihah untuk arwah abah ajipp.

takziah juga untuk akak dan abg dan katarsis sekeluarga atas pemergian akmal. moga tabah hadapi sumenya. al-fatihah untuk arwah akmal.

sesungguhnya bkn senang nak terima satu pemergian. aku tahu. dan aku sendiri masih belum selesai. kena kuat. kena tabah. yg penting kita doakan untuk mereka yg dah pergi. sesungguhnya dari Dia kita datang dan pada Dia juga kita pergi. Al. Fatihah.

Thursday, August 09, 2007

kAtA oRaNg..

org : eh jat.. ko dah nampak gemuk skit ek skang ni..
org lain : bkn skit la tp banyak la
aku : ha'ah la...bkn skang..tp dah lama dah..dan bkn skit..tp mmg banyak..ko br pasan ke?

org : dah makin berisi ek skang ni..
aku : ek? biasa je..

org : pesal muka ko makin bulat eh?
aku : ek? biasa je...hehehe

org : baju yg ko pakai smalam nampak ketat..ko dah gemuk ke mmg baju tu ko wat kecik?
aku : baju tu kecik skit..tp sebenornya aku mmg makin gemuk pun..

org : awat pipi dah makin tembam eh?
aku :ek? bior le..

org : dlu masa memula kenai.. mcm jari kelingking..tp skang dah mcm ibu jari
aku : kuang asam tul..tau la bdn dia menten je...huh

org : hahaha..dah mcm beruang naik moto dah org tgk..hahaha [ni masa org tu tgk aku naik moto]
aku : kuang ajaq tul la..hempeh tul..

org : cuba tgk gambo ni..sume dah tembam kan? ko pun sama jat..[ni kes tgk gambo masa p cameron]
aku : takpe..aku tak ketara sgt ..


tu la antara kata² org² kat aku. aku tau. walopun korang tak bg tau. aku sedar. walopun korang tak cakap. memang. memang badan aku dah makin gemuk ngan jayanyer. aku lum penah lg berbadan cam ni.. bayangkan la..dlm masa 3 ke 4 tahun aku leh naik berbelas kg. bayangkan la.

tp aku tak lak rasa nak cpt kuruskan badan. tak lak rasa nak mkn ubat kurus. sbb aku rasa ok lg. bila aku nak mkn aku mkn je..huhuu bebila aku rasa nak mkn aku mkn. tgh mlm pun takpe. ntah..aku tak kisah sgt pun. nanti² turun la berat aku kot...takpelah..yg penting aku ok..aku hepi..

PaGi TaDi..

gambo ni aku snap pg td. masa aku bebaru sampai opis. see...lum terang lg aku dah ada kat opis..huhu..pastu kang dah gelap skit br aku balik umah... nampak tak mentol lampu tu.. aku rasa cam b aru tukar je. sbb dlu mentol yg bulat biasa tu.. bila masa kek dorang tuko.. tak pasan lak..

pepagi aku mmg ske dok tepi tu..tgk² KL waktu pg. bila gelap..pastu banyak cahaya lampu..jd cantik lak. so td..saje la pun tgn ni gatal nak snap²..

kAtA dIa

sama je pun cam pg² lain. tp makin lama makin rasa cam dia makin tak sihat. kata dia..mata dia dah tak nampak sebelah kalo tgk menda jejauh, kata dia lg ada cam luka skit kat kaki dia..tp kata dia dia ok lg.. leh tahan lg. kata dia lg kalo jln je mesti rasa ngilu². sian dia kan. kena gak bawak p check up nanti ni..

smalam dia ngadu..ada org curik barang dia. hampeh sungguh pencurik tu. berani sgt carik pasal ngan aku. kalo aku tau sape..siap la ko. tak pepasal dia nampak lain. kdg² dia ngadu penat, tak cukup rehat.. tp nak wat camne kan.. sbb dah mmg kena camtu. agaknya sbb tu la tetiap bln dia kena p wat check up.

walopun dia tak semewah kwn dia.. aku tatau nape aku lg sayang kat dia. mungkin dia yg rapat ngan aku. aku ngan kawan dia biasa² je. lum penah kuar berdua. tp ngan dia..huhuhu tak leh nak kata le... sbb tu aku riso kalo dia sakit²..kalo dia tak sihat..

apa pun.. untuk dia..moga tabah nak hadapi ari² mendatang ni. aku slalu ada di sisi dia.

Wednesday, August 08, 2007

taRaAaA...

pepagi dah buh gambo kopok kan..huhuhu..ni sebenarnya menu smalam. tu la sarapan merangkap lunch merangkap minum petang aku smalam. aku mkn pun masa dah kul 6 lebey.. nampak mcm bz sgt kan.. nampak tak susu cekelat tu? aku ske susu tu... tu senarai utama stok makanan kat tpt aku ni. mesti ada. sbb hampir hehari gak aku minum.


cheezels tu lak...aku suka gak. sbb besh. lg pun tak banyak pilihan kopok sgt pun. kat tpt aku mesti ada stok. abb kalo ngantuk ke lapo ke..leh mkn. skang ni ada cheezels ni, cadbury bytes, melo, asam², biskut² [bkn beskut tau]

ntah apa motif aku wat entri ni.. takde apa pun. saje je. kalo tak berapdet rasa tak besh lak.





Tuesday, August 07, 2007

aRi Ni ArI sElAsA

ari ni ari selasa kan.. ari ni la ari selasa yg paling sibuk dlm idup aku. ari selasa yg aku rasa mcm tak cukup waktu. ari selasa yg aku rasa kalo takde pun takpe.. sume nya ari ni.

kalolah telinga ni bercakap.. mesti dia cakap cam ni "dah la tu ijat..tak larat aku nak dgr sore² dorang lg..cukup lah"
kalolah kaki ni punya sore..mesti terdengar sore "cukuplah ijat..rasa tak larat aku nak bergerak lg"
dan kalo lah mulut ni boleh berkata² [mulut mmg leh berkata² kan...] mesti ari ni dia komplen "cukup² lah tu..tak larat lg aku nak bercakap² lg..sgt² tak larat"

ari selasa ari ni...aku rasa bz sedari pg.. wat call skit²..jawab call banyak² sgt². rasanya kat 100 ke 100 kot... tipon lak bkn kat meja aku. nak berjln lg. camtu la..kalo dah dkt nak meeting sume cuak..kalo tak tu.. takde lak jd camni.. takde lak mengadu masalah pape.. tp bila dpt je surat nak meeting..mula lah sorang².. yg tak penah ada masalah pun leh bertimbun jdnyer. ni pun dgr cite meeting ni mcm kena tunda je.. encik pengerusi akan ke luar negara.. mebi 2 minggu.. dan tatau lg bila meeting ni nak wat. tp tu sume tak pasti pun.. manalah tau encik tu tak jd ke luar negara ke...

kepala pun dah sakit. dah agak dah. takpe. wat² tak sakit je. sambil menaip ni aku tgh dengar lagu kaer - izinkan ku pergi. lagu tema cite rasaksa tu. besh kan lagu ni. videoklip yg aku tgk kat youtube ari tu pun mcm sedey je.

CuTi

smalam aku cuti. amik cuti rehat, tp bkn aku berehat sgt pun. dr kul 8-2 ptg aku ada kat spital slayang. menunggu ngan sabar, walopun dah tak bape nak sabar. dan aku rasa jumaat ni aku akan cuti lg. amik lg cuti rehat dan sekali lg akan ke spital slayang. cuti aku ada banyak lg rasanya. dr bln 1 sampai smalam ni br abis 3 ari.. ada belen lg 17 ari yg perlu aku abiskan sblum 21 januari thn dpn. kalo tak..burn je cuti tu.

aku rasa cam nak cuti lama..tp bkn ada nak p mana pun. duk umah lelama kang cam boring lak. tak tau nak wat pe. mana nak p eh?

rasa cam ada sesuatu..tp mcm malas nak amik tau. makin lama mcm makin kuat rasa tu. takpelah..biarkan aje la eh.

Friday, August 03, 2007

hUjAn

skang kat luar tgh ujan. lebat. angin kuat. ada bunyi guruh. ada kilat sesekali. tp ari tak gelap.dan takde awan hitam. aku cuma harap moga ujan cpt benti. ada urusan yg perlu aku uruskan. ada hal yg perlu aku bereskan. dan itu sume akan selesai bila ujan benti.

besh tgk ujan dr tpt tinggi. dan lg besh kalo dpt men ujan sesekali. rasa apa eh? rasa besh, seronok, sume ada. kalo kat umah mmg sah² la tak dpt men ujan. nanti mak marah.. huhuhu.. dan sbb tu kalo masa balik ujan aku mls nak teduh. sbb aku tak suka menunggu..mesti lama kan nak tunggu ujan sidang. dan sbb len lak...saje je nak amik kesempatan nak men ujan, walopun aku tau..bila sampai umah nanti mak bising, tp aku ske...nak wat camne kan. aku cuma akan benti kalo aku rasa mmg lebat sesangat sampai tak leh tgk jln. slagi aku nampak jln dan keta yg lalu lalang...slagi tu aku teruskan perjalanan.

wat ujan..moga cpt sidang.

Wednesday, August 01, 2007

aRi BaRu,BuLaN bArU

Ari ni dah 1 Ogos. dah bln 8. cpt je masa berlalu kan. tak bape bln lg dah nak ujung thn.. pastu masuk thn baru lak. tp betul la, thn 2007 ni mcm cpt sgt rasanya.. rasa cam masih awal² thn je.. aku mulakan thn ni ngan 1 peristiwa yg agak hepi..tp tak lama..tak sampai 2 minggu ..pastu abg 'pegi'. diam tak dia dah dah lebih 1/2 thn. tp mcm br je sume tu. mcm br je gelak² gurau² ngan dia... mcm br je dia duk sblah aku amik gambo ngan aku..mcm br je aku bawak dia p kedai beli cekelat..dia suka mkn kit kat masa dia tak sihat dlu...mcm baru je kitorang sume berkampung kat spital slayang.. rasa mcm br je aku cakap ngan dia walopun dia tak sedar..rasa mcm mimpi pun ada. sampai skang pun ada masanya aku harap sume ni mimpi..bila aku bgn nanti sumenya tetap cam dulu. tp tak mungkin kan?

ok..cite len lak...ari ni 1 ogos...lg 30 ari nak besday abah. 31 ogos nanti umur abah dah 54 thn. takde apa yg aku harapkan slain nak tgk abah sentiasa sihat dan gembira selalu. dah 2 ari tak jumpa abah ni. igtnya ari ni nak balik awal, insyallah kalo tak ujan. sbb tu la aku taip entri ni waktu tgh ari..sbb ptg aku nak balik awal huhuhu..

aku amik masa kat 1/2 jam nak taip entri yg seringkas ni..yg patutnya aku leh taip tak sampai 5 minit. maklumlah..keadaan cuaca tak mengizinkan. kat luar br mendung tp kat dlm ni dah hujan td. sib baik la cuma gerimis lalu je.

agaknya sempat tak kalo balik kang nak singgah minum cendol kat jln kuching tu? harap² sempat. dan harap² tak ujan. cukup dlu utk ari ni.


Al-Fatihah untuk abg.

Tuesday, July 31, 2007

aRi Ni

Pg td cam kena ujan skit masa kat jln kuching. pastu bawak laju aku ngan dia dah sepakat utk tambah kelajuan..kang kalo ujan makin lebat mmg teruk la. berdoalah dlm ati jgn ujan lebat dlu. alhamdulillah...takat renyai je. tp dlm kat kul 8 tu ujan lebat. sian eh kat dorang yg nak p keje..lg² kalo naik moto...mesti basah. pastu masa aku tgh layan blues tgk ujan kat luar..tetiba lak datang si dia...pe lg.. aku snap skeping..ni la dia

agaknya dia pun tgh layan blues sambil tgk ujan cam aku. agaknya dia tgk pk... cam ne nak carik makanan kalo ujan tak benti.. ataupun dia pk.. cam ne nak p jln² kalo ujan tak sidang..atau pun dia tgk kata..ok gak eh layan blues pepagi neh..

aku teruskan ari aku cam biasa je. wat keje sambil memeningkan kepala. bila dah sampai satu tahap aku dah weng.. aku benti jap..sambil men game. pastu sambung keje balik. bila ptg aku tgk luar lg.. ni.. ada dia lg


dia asik bergerak je..sampai susah nak amik gambo dia. aku amik gambo ni sambil duduk je. tak bape rajin nak bangun p dedekat...kang dia lari lak. ni aku zoom sket..

igtkan nak amik gambo masa dia tgh gegurau ngan kekawan dia..masa dia tgh men² ke..masa dia tgk suka² ke.. tp dorang p jauh sket lak.. tak kan aku nak bangkit pastu p ikut dorang.. kang pe lak kata org² kat opis neh..mcm la aku dah takde keje sgt kan.

dan skang ni dah kul 7.. dorang dah takde. dah balik umah dorang kot. see..dorang pun tau nak balik umah.. maka dgn itu...aku pun igt nak kemas².. nak beransur dlu. jumpa lg nanti.

sAbTu Tu

Aku ada singgah tasik. igtnya nak tgk kekura. dah lama sgt tak p tgk dorang, ntah ada ke tak lg. tp tak jd tgk pun. memula tgh ari tu p Midvalley sat.. tgk cite thai, tak seram mana pun.. balik tu singgah jap kat padang dpn spital bersalin tu. ada game. tatau la sape yg lawan.

Pastu br p tasik... ada cam banyak gerai² tu.. tatau la sempena pe. thn melawat malaysia ke apa ke. ada jual makanan, menan², lukis inai pun ada. aku takde bli apa pun, takat jeruk anggur je. lepak² sambil tgk menda neh..
Bila nak naik menda ni eh? sampai ujung thn ni je ada kan?nanti la kot² tingin nak naik nanti. balik pd kekura..tak dan pun tgk kekura, dah ptg sgt. ntah² kekura pun dah balik umah. takpelah..lenkali je la eh kekura..aku dtg bawak roti.

Friday, July 27, 2007

.. 2 aRi NgAn ApC..

2 ari aku rasa tak cukup rehat... 2 ari rasa cam penat sgt.. 2 ari kaki ni rasa cam kena dera.. 2 ari..huh...sib baik 2 ari, kalo seminggu camne?


2 ari ni aku terlibat ngan apc. ari pertama utk raptai. seawal 6.30 dah gerak ke putrajaya. sampai dlm kul 7, tak dan mkn trus jaga barisan. berdiri kat 4 jam. kelam kabut skit awal pg tu. balik opis balik dlm kul 1 camtu. rehat jap pastu p spital slayang teman kawan aku.. dlm kul 3.30 sampai opis balik...wat keje.. balik 7.30 sbb ujan ari tu..tu pun men redah je..malas nak tunggu lg.


smalam lak..ari majlis tu.. kul 6.15 dah gerak dr opis. sampai sana kat kul 7. bekpes dlu. pastu trus naik kat dewan. ganti penyambut tamu jap sbb dia nak p mkn lak. pastu trus jaga barisan. berdiri la akt situ sampai kul 12.30.. br siap majlis tu. kaki ni rasa cam tak larat dah. untuk 800 penerima tu ..ada 7 org penyampai sijil..dorang gegilir. penerima dpt sijil dan akan dapat rm 1000.


sampai kat opis kul 1 lebih. memula cam ni..dlm van masa balik tu ada sumber gtau ada pelepasan utk urusetia..ati dah berbunga riang..tp nak kompomkan tul ke tak. suh la akak PA ni tanya bos yg beso sket...skali tu dia kata takde lak..mendung balik ati neh. bila sampai opis...kawan aku neh call bos tu..kecik skit dr bos td tu.. ikut kata kawan aku. bos aku tu cakap 'pandai² la' ..huhuhu..bila dah dia cakap pandai² la..kitorang pun pandai² la balik. kul 2.30 aku dah ada kat umah...


igtnya bila dah sampai umah..leh la lelap jap barang seminit dua..tp tu la..mata ni tak nak langsung berkompromi. maka..berjaga lah aku cam kat tpt keje. ok la..itu aje yg nak cite ttg apc.. agak² nya thn dpn kena jd urusetia lg ke eh?

Tuesday, July 24, 2007

..bZ..bZ..bZ..

sume org bz je skang ni..bz ngan APC tu.. sok dah mula .. so.. esok ngan lusa aku akan bertambah-tambah bz. pepagi dah kena gerak dr sni. so..mlm ni nak tak nak kena tido awal gak. kena. mesti. bagus gak eh bila bz camni..bleh lupa jap apa yg tak patut diingat. esok gak pas balik dr putrajaya..aku akan ke spital slayang teman kawan aku wat check up. esok opis mesti lengang..sbb ramai yg berkampung kat putrajaya sana tu.

esok 25hb kan..esok gaji. smalam dah dpt slip gaji. gaji naik skit. alhamdulillah. dah wat bajet skit². tak lupa gak apa yg aku janji ngan mak.

apa lg eh..ada org nak p kuantan. cam biasa la kena bli ole² utk aku. nak kopok cam ari tu..pastu nak kopok lekor gak. pastu nak pe lg? cukup la eh... mcm lenkali tak gi lg pun..

mlm ni nak mkn kek blueberry yg dpt ahad tu..mlm td tak dan nak mkn sbb tangki dah penuh. kek tu sedap tau. banyak jem blueberry..so mlm ni..mkn kek la eh ijat. mekaseh wat org yg bg kek...

Monday, July 23, 2007

..aBc.. AiR bAtU cAmPuR..

air batu campur... ada gak yg panggil ais kacang. abc slalunya sedapkan. sbb mcm² ada dlm tu. sume bercampur². bila dah campur² jd sedap la abc. tp ada gak sbg yg tak sedap bila cam campur² mcm² sgt. dulu... masa ke kuala kangsar...mkn abc.. rupa cantik..menarik..mcm² warna .. tp rasa mmg tak besh. mungkin sbb terlalu banyak campur. tp ada gak yg rupa tak besh..tp rasanya sedap.


sebenarnya aku bkn nak cite pasai abc sgt pun... tp saje je huhuhu. ekceli..beberapa ari kebelakangan ni perasaan aku cam abc yg tak sedap tu. cam aku kata td..mungkin sbb banyak sgt bercampur². tak penah lak rasa cam ni. sgt² tak besh. sgt² tak seronok. sgt² tak selesa. mcm abc tu..walopun tak sedap..kena gak mkn sbb dah beli. kena gak telan walopun tak sedap. walopun tekak ni tak lalu..kena gak. mesti. ada sedikit rasa nak luahkan kat seseorang.. tp mcm tak besh lak nak bg org rasa abc yg kita dah tentu² tau tak sedap tu. so...telan je la ijat... sape suh beli pun..

Friday, July 20, 2007

..kEnApA... kEnApA...

kenapa pondok ilusi?...kenapa mesti blues? kenapa tetiba lak ada blog?..kenapa??
kenapa tetiba..bkn tetiba sgt pun. dan lama nak ada blog. sbb rasanya aku perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri. cukuplah sekadar pondok..tak perlu banglo bertingkat²..tak perlu apartment.. cukuplah sekadar pondok. sedikit ruang untuk aku luahkan sedikit rasa .. sbb aku tau..yg aku tak k an luahkan semua apa yg aku rasa..sbb...mcm bkn aku je tu kan..

kenapa blues...entah..sbb blues mcm besh. mcm layan blues la camtu... kan besh kalo layan blues. cam ada 1 perasaan yg susah nak ditafsirkan.

aku tak banyak harapan pun untuk blog ni. ckup la jd satu tpt utk aku sendiri. dan lg plak..aku rasa mungkin nanti tema ni akan berubah. blog aku mcm togel je kan. aku bkn reti sgt nak wat menda² alah ni. ckup la slu apa yg ada..nanti² aku top up skit². oh yer..mungkin nanti entri aku akan jd bosan ..sbb aku sendiri tak tau apa yg aku nak tulis..mcm takde cerita. tp mungkin ada cerita dlm cerita.

..eNtRi PeTaNg JuMaAt..

apa nak cite eh..pepagi td ada taklimat untuk petugas APC dr kul 9.30 sampai la kat kul 12. cite pasai majlis tu nanti. tugas² sume. aku kena bertugas sbg penjaga barisan kat dlm dewan. setiap org kena jaga dlm 50 penerima anugerah. kena pastikan dorang ada kat barisan..beratur masa nak terima anugerah..sampai la dorang masuk duk balik dlm barisan. aku kena jaga zon jingga.

majlis tu 26hb nanti. raptai lak 25hb. nak kena ada kat opis sblum 6.30pg..sbb 6.30 bas nak gerak p putrajaya.. agak²nya kul bape aku nak gerak dr umah eh...sure pepagi buta dah kena gerak. sebenornya ada tpt tinggal disediakan kalo nak tido sana...tp mcm tak besh je. mmg la tido hotel...tp mcm tak sanggup nak tinggaikan dia 2/3 ari ni. jarang berpisah lelama ni. tp kan...masa p cameron ari tu dah tinggaikan dia. tp takpe..jap je pun. 3 ari je.

apa lg ari ni... masa rehat td p sg wang jap. tgk memory card. pastu balik. dan skang ni aku kat opis lg. nak tunggu kul 7 atau 7.30 br leh balik. br jap td ni dpt panggilan dr annah yayah. sembang sket².. pastu annah yayah tanya bila nak kawen...ohoo...annah yayah nak sponser kek bape tingkat nanti eh? 'annah yayah...kite nak kek blueberry tau..yg ada gambo spongebob ngan patrick'

cukup dlu entri ni..pasni aku nak wat entri len lak huhuhu